Sunday, 22 January 2017

PRINSIP-PRINSIP ASAS UNDANG - UNDANG FITNAH (Law Of Defamation) & PENGGUNAANNYA DI MALAYSIA

Kebelakangan ini kes-kes fitnah (defamation) sering mendapat perhatian media massa. Oleh itu, rasanya agak sesuai juga jika blog ini menulis satu artikel ringkas mengenainya. Mana tahu ada pembaca-pembaca yang yang sudah difitnah atau telah membuat fitnah dan ingin mengetahui hak-hak dan tanggungan atau liabiliti mereka dari segi undang-undang.
Suka kami jelaskan di sini bahawa satu tuntutan di bawah undang-undang tort, fitnah ini bukan sahaja boleh diambil bagi fitnah-fitnah yang disampaikan di alam nyata atau penulisan di media-media konvensional.

 Malahan, keputusan-keputusan terbaru mahkamah di Malaysia membenarkan mereka yang difitnah di media baru atau media cyber untuk mendapat ganti rugi bagi sebarang fitnah atau tohmahan yang dilemparkan di sana juga.Sebelum kita melihat dengan lebih mendalam pemakaian undang-undang fitnah  di Malaysia, elok juga kita mengenal pasti “Apakah itu fitnah atau defamation?“.
Menurut kamus Oxford, A Concise Dictionary of Law, 2nd Edition, fitnah atau defamation adalah:
“The publication of a statement about a person that tends to lower his reputation in the opinion of right thinking members of the community or to make them shun or avoid him– Oxford, A Concise Dictionary of Law, 2nd Edition”


Dalam kata lain, ia merujuk kepada penerbitan kenyataan (lisan atau bertulis) yang mengakibatkan reputasi seseorang itu jatuh di mata masyarakat. Contohnya: Jika A mengatakan B merogol C dan mengakibatkan B dipandang serong oleh masyarakat, maka kenyataan A itu boleh dianggap sesuatu fitnah, tertakluk kepada elemen-elemen yang digunakan di dalam undang-undang ini.

2 comments:

  1. Sila maklum bahawa saudara telah melanggar copyright law sebab artikel di atas telah diterbitkan pada 2011 di https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/prinsip-prinsip-asas-undang-undang-fitnah-di-malaysia

    ReplyDelete
  2. Sekurang-kurangnya, hendaklah acknowledge original author.

    ReplyDelete