Sunday, 22 January 2017

APAKAH FITNAH?




 Fitnah adalah  perkataan Arab ( فتنة ) dengan konotasi yang banyak bicara, penderitaan , atau kesusahan, ia juga digunakan secara meluas dalam bahasa Arab moden. Seperti mana-mana perkataan dalam bahasa Arab, seseorang itu perlu membezakan antara makna fitnah seperti yang digunakan dalam Bahasa Arab Klasik dan makna fitnah seperti yang digunakan dalam Standard Modern Arab dan pelbagai dialek basahan . Tambahan pula, kerana keutamaan konsep fitnah dalam Al-Quran , penggunaannya dalam kerja-kerja yang akan dipertimbangkan secara berasingan.


Internet ataupun laman sosial boleh ditakrifkan sebagai rangkaian komputer yang memudahkan perkongsian atau pertukaran maklumat dalam kalangan pengguna di seluruh dunia. Internet sangat berkait rapat dengan infrastruktur dan infostruktur yang menyokong mel elektronik yang besar yang mampu membawa pelbagai sumber maklumat berkaitan hiperteks dokumen seperti World Wide Web (WWW). Internet juga adalah sistem global yang melibatkan rangkaian komputer yang menggunakan standard Internet Protocol Suite untuk dilayari oleh berbilion-bilion pengguna di seluruh dunia . Ia adalah satu rangkaian jaringan yang terdiri daripada pihak syarikat awam, swasta, akademik, perniagaan, dan rangkaian kerajaan tempatan dalam skop global yang yang dihubungkan dengan pelbagai teknologi rangkaian elektronik, wayarles dan optik yang luas. Penggunan internet secara meluas di seluruh pelusuk dunia telah mempercepatkan proses pensejagatan dan globalisasi. Teknologi maklumat seperti internet dikatakan lama - kelamaan boleh membentuk sikap, pandangan malahan budaya dalam kalangan masyarakat Negara ini khususnya dan dunia secara umumnya. Pembentukan sikap dan pandangan akan memberi kesan kepada perkara lain dalam kehidupan manusia termasuk dalam menentukan pemerintahan sesebuah kerajaan.


 Di dalam sebuah perbualan di antara Rasullah S.A.W. dengan seorang sahabat, Rasullah ditanya, “Wahai Rasullah, apakah itu ghibah?” Lalu jawab Baginda, “Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!” Kemudian Baginda ditanya lagi, “Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi jika sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar).” (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi). Hadis di sini jelas menunjukkan kepada kita bahawa pembohongan ataupun ghibah (menyebut keburukan orang lain walaupun benar) itu adalah sesuatu perkara yang dikutuk di dalam Islam. Manakala fitnah yang berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud kekacauan, bencana, cubaan dan penyesatan dilarang sama sekali di dalam Islam kerana ia mampu mendatangkan kesan buruk ke atas agama dan masyarakat. Di dalam Al-Quran dalam surah al-Hujuraat ayat 12 telah memberi satu hujahan jelas mengenai persoalan fitnah. “Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi maha Pengasihani”.

No comments:

Post a Comment