Sunday, 22 January 2017



SHANMATHE A/P RAJAGOPAL (02DTK14F1109)
SELVAMUNIS A/L RAJOO (02DTK14F1137)
ARVIN KUMAR A/L RAVI (02DTK14F1140)

DTK6D

APAKAH FITNAH?




 Fitnah adalah  perkataan Arab ( فتنة ) dengan konotasi yang banyak bicara, penderitaan , atau kesusahan, ia juga digunakan secara meluas dalam bahasa Arab moden. Seperti mana-mana perkataan dalam bahasa Arab, seseorang itu perlu membezakan antara makna fitnah seperti yang digunakan dalam Bahasa Arab Klasik dan makna fitnah seperti yang digunakan dalam Standard Modern Arab dan pelbagai dialek basahan . Tambahan pula, kerana keutamaan konsep fitnah dalam Al-Quran , penggunaannya dalam kerja-kerja yang akan dipertimbangkan secara berasingan.


Internet ataupun laman sosial boleh ditakrifkan sebagai rangkaian komputer yang memudahkan perkongsian atau pertukaran maklumat dalam kalangan pengguna di seluruh dunia. Internet sangat berkait rapat dengan infrastruktur dan infostruktur yang menyokong mel elektronik yang besar yang mampu membawa pelbagai sumber maklumat berkaitan hiperteks dokumen seperti World Wide Web (WWW). Internet juga adalah sistem global yang melibatkan rangkaian komputer yang menggunakan standard Internet Protocol Suite untuk dilayari oleh berbilion-bilion pengguna di seluruh dunia . Ia adalah satu rangkaian jaringan yang terdiri daripada pihak syarikat awam, swasta, akademik, perniagaan, dan rangkaian kerajaan tempatan dalam skop global yang yang dihubungkan dengan pelbagai teknologi rangkaian elektronik, wayarles dan optik yang luas. Penggunan internet secara meluas di seluruh pelusuk dunia telah mempercepatkan proses pensejagatan dan globalisasi. Teknologi maklumat seperti internet dikatakan lama - kelamaan boleh membentuk sikap, pandangan malahan budaya dalam kalangan masyarakat Negara ini khususnya dan dunia secara umumnya. Pembentukan sikap dan pandangan akan memberi kesan kepada perkara lain dalam kehidupan manusia termasuk dalam menentukan pemerintahan sesebuah kerajaan.


 Di dalam sebuah perbualan di antara Rasullah S.A.W. dengan seorang sahabat, Rasullah ditanya, “Wahai Rasullah, apakah itu ghibah?” Lalu jawab Baginda, “Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!” Kemudian Baginda ditanya lagi, “Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi jika sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar).” (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi). Hadis di sini jelas menunjukkan kepada kita bahawa pembohongan ataupun ghibah (menyebut keburukan orang lain walaupun benar) itu adalah sesuatu perkara yang dikutuk di dalam Islam. Manakala fitnah yang berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud kekacauan, bencana, cubaan dan penyesatan dilarang sama sekali di dalam Islam kerana ia mampu mendatangkan kesan buruk ke atas agama dan masyarakat. Di dalam Al-Quran dalam surah al-Hujuraat ayat 12 telah memberi satu hujahan jelas mengenai persoalan fitnah. “Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi maha Pengasihani”.

PRINSIP-PRINSIP ASAS UNDANG - UNDANG FITNAH (Law Of Defamation) & PENGGUNAANNYA DI MALAYSIA

Kebelakangan ini kes-kes fitnah (defamation) sering mendapat perhatian media massa. Oleh itu, rasanya agak sesuai juga jika blog ini menulis satu artikel ringkas mengenainya. Mana tahu ada pembaca-pembaca yang yang sudah difitnah atau telah membuat fitnah dan ingin mengetahui hak-hak dan tanggungan atau liabiliti mereka dari segi undang-undang.
Suka kami jelaskan di sini bahawa satu tuntutan di bawah undang-undang tort, fitnah ini bukan sahaja boleh diambil bagi fitnah-fitnah yang disampaikan di alam nyata atau penulisan di media-media konvensional.

 Malahan, keputusan-keputusan terbaru mahkamah di Malaysia membenarkan mereka yang difitnah di media baru atau media cyber untuk mendapat ganti rugi bagi sebarang fitnah atau tohmahan yang dilemparkan di sana juga.Sebelum kita melihat dengan lebih mendalam pemakaian undang-undang fitnah  di Malaysia, elok juga kita mengenal pasti “Apakah itu fitnah atau defamation?“.
Menurut kamus Oxford, A Concise Dictionary of Law, 2nd Edition, fitnah atau defamation adalah:
“The publication of a statement about a person that tends to lower his reputation in the opinion of right thinking members of the community or to make them shun or avoid him– Oxford, A Concise Dictionary of Law, 2nd Edition”


Dalam kata lain, ia merujuk kepada penerbitan kenyataan (lisan atau bertulis) yang mengakibatkan reputasi seseorang itu jatuh di mata masyarakat. Contohnya: Jika A mengatakan B merogol C dan mengakibatkan B dipandang serong oleh masyarakat, maka kenyataan A itu boleh dianggap sesuatu fitnah, tertakluk kepada elemen-elemen yang digunakan di dalam undang-undang ini.

JENIS-JENIS FITNAH

Dari segi bentuk UNDANG-UDANG:

Di dalam Akta Fitnah 1957, fitnah telah diklasifikasikan kepada dua bahagian :

1)      Libel. Sebarang penerbitan yang kekal yang ditujukan kepada mata. Kefitnahan juga boleh tergolong sebagai fitnah jenayah atau fitnah sivil. Fitnah jenayah diambil tindakan di bawah Kanun Kesiksaan (Akta 574) dan fitnah sivil diambil tindakan di bawah Akta Kefitnahan 1957 (Safar, 2002).


2)      Slander. Fitnah ini berbentuk percakapan dan ia adalah jenis fitnah yang tidak kekal dan ditujukan kepada telinga. Di Malaysia slander boleh dianggap sebagai satu jenayah di bawah Seksyen 499 Kanun Jenayah. Terdapat peruntukkan khas di mana terdapat jenis-jenis fitnah tidak perlu dibuktikan seperti fitnah terhadap wanita (Seksyen 4 Akta Fitnah), slander berkaitan reputasi rasmi, professional atau pemiagaan dan slander hak milik.

BENTUK TINDAKAN FITNAH

   i.            Fitnah Jenayah

Tindakan di bawah Kanun Jenayah (Penal Code) Seksyen 499-502
·         Secara amnya, melibatkan fitnah terhadap pegawai kerajaan dalam kapasiti rasminya atau seseorang yang mungkin boleh menjejaskan ketenteraman awam.
·         Jika sabit kesalahan, penjara sehingga 2 tahun dan/atau denda.

Tindakan di bawah Akta Hasutan 1948 (Sedition Act 1948)
·         Hasutan dalam bentuk penerbitan yang menyebabkan kebencian atau mewujudkan kekacauan terhadap pemerintah atau kerajaan.
·         Menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap pemerintahan kerajaan.
·         Menimbulkan perasaan benci di kalangan kaum di Malaysia.
·         Jika sabit dengan kesalahan, denda tidak melebihi RM 5,000.00 dan atau penjara sehingga 3 tahun bagi kesalahan pertama dan untuk kesalahan seterusnya, penjara tidak melebihi 5 tahun.
·         Tindakan hanya boleh dimulakan oleh kerajaan melalui Peguam Negara dan tidak melalui individu.


      ii.            Fitnah Sivil

Tindakan di bawah Akta Fitnah 1957 (Defamation Act)
·         Tindakan dimulakan atas kapasiti persendirian.
·         Plaintif dalam kes memohon penghakiman dan ganti rugi.

Pihak yang terlibat
·         Plaintif mempunyai hak untuk menentukan defendan dalam kesnya.
·         Selalunya, dalam kes libel, pihak yang terlibat ialah penulis, editor, penerbit, pencetak, dan kadangkala penjual bahan bercetak tersebut.
·         Dalam kes yang melibatkan teknologi maklumat (IT) seperti e-mel, system pesanan ringkas (SMS) dan lain-lain, orang yang bertanggungjawab ialah penulis, penyebar dan pembekal maklumat tersebut.

Bentuk Ganti Rugi dan Penghakiman
·         Ganti Rugi Khas – perkara ini perlu dibuktikan secara khusus oleh plaintif bahawa kerugian tersebut ditanggung. Butir-butir ganti rugi mesti diberikan.
·         Ganti Rugi Am – Mahkamah selalunya memutuskan perkara ini berdasarkan fakta kes.
·         Ganti Rugi Teladan (Exemplary Damages) – harus dituntut secara khusus dan mahkamah hanya membenarkannya sekiranya mahu menghukum defendan.
·         Ganti Rugi Teruk (Aggravated Damages) – hanya dibenarkan jika kes fitnah tersebut amat serius.
·         Sekatan/halangan (Injunction) – ini bertujuan menghalang penerbitan atau pencetakan diteruskan pada masa akan datang.
·         Memohon Maaf Secara Terbuka – selalunya dalam kes libel, plaintif menuntut agar defendan memohon maaf dengan cara pengiklanan.


CONTOH FITNAH DI MALAYSIA

Antara fitnah di Malaysia adalah dari segi politik, perkauman, skandal, dan lain-lain.
Faktor ini menyebabkan kerosakkan akhlak dan buruk sangka terhadap individu mahupun perkauman. Contoh contoh fitnah di keratan akhbar dan laman sosial.











CARA-CARA RASULLAH UNTUK MENGHADAPI FITNAH DI MEDIA DALAM BENTUK ISLAM

Pertama, menghindari tuduhan yang bersifat prasangka adalah kewajiban pokok yang wajib ditunaikan kaum muslimin. Mereka -terutama para pemimpin- juga harus menyadari bahwa prasangka seperti itu menjadi pusat perhatian lawan maupun kawan. Karena itu, sedapat mungkin agar dapat menghindari tempat-tempat dan hal apa pun yang bisa menimbulkan prasangka buruk.
Kedua, jangan menerima isu begitu saja. Berita apa pun yang tidak diperkuat dengan bukti, harus ditolak oleh setiap Muslim. Sebagaimana difirmankan Allah Ta’ala dalam al Qur’anul Karim, “Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu? Oleh karena mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah di sisi Allah adalah pendusta.” (QS. An Nur, 24:13)
Ketiga, menimbang secara cermat dalam menilai benar-tidaknya suatu isu. Caranya dengan membandingkan isu yang berkembang dengan kenyataan ada pada diri anda sendiri. Dengan demikian, pastilah Anda akan tetap memercayai teman Anda itu seperti halnya memercayai diri Anda sendiri. Cara menimbang seperti itu diakui dan dipuji oleh Al Qur’anul Karim, yaitu berkenaan dengan suatu perbincangan antara Abu Ayyub Al Anshari dengan istrinya, Ummu Ayub Ra. Wanita itu berkata,
”Tidaklah kamu mendengar apa yang dikatakan orang mengenai Aisyah?”
“Ya, tapi itu bohong,” jawab si suami, “Apakah kamu melakukannya juga, hai ummu Ayyub?”
“Tidak, demi Allah,”kata si istri, “Mengapa aku harus meniru orang-orang itu?”
“Abu Ayyub menegaskan, “Demi Allah, Aisyah itu lebih baik darimu.” (Ibnu Hisyam, (As Sirah An Nabawiyah, II/303).
Keempat, jangan sekali-kali membiarkan hawa nafsu ikut campur dan berperan dalam tersebarnya kabar bohong. Karena memperturutkan hawa nafsu, sama saja kita menjerumuskan diri kita ke dalam lembah kesesatan. Seperti perkataan Zainab, istri Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Al Muqrizi tentang dialog yang dilakukannya dengan Rasulullah SAW, di mana istri yang baik budi itu mengatakan kepada suaminya, “Terpeliharalah kiranya pendengaranku dan penglihatanku. Aku tidak melihat pada Aisyah kecuali yang baik-baik saja. Demi Allah, aku tak pernah mengajaknya bicara dan aku memang benar-benar mendiamkannya, tetapi aku hanya mengatakan yang benar.” (Al Muqrizi, Imta’ul Asma’ 1/208). Padahal pada saat itu antara Zainab dan Aisyah sering terjadi perlombaan untuk menarik hati Rasulullah. Namun hal itu tak lantas membuat Zainab iri hati dan memperturutkan hawa nafsunya dengan menjelek-jelekkan Aisyah.
Kelima, janganlah membalas berita bohong dengan berita bohong yang lain dan janganlah membalas isu yang dusta dengan isu lain yang serupa. Hendaklah pula orang yang diisukan itu mampu menahan diri. Maksudnya, jangan membiarkan lidahnya berbicara yang melanggar kehormatan orang lain, sekalipun orang lain itu telah menganiaya dirinya, sampai terbukti dirinya benar dan tidak bersalah. Inilah sikap yang sangat penting, yang kita serukan kepada siapa pun yang sedang terkena isu.


Keenam, sikap terakhir yang dapat kita simpulkan dari peristiwa haditsul-ifki ialah menghukum orang-orang yang terpedaya yang terlibat dalam penyebaran fitnah.